Malaysia pantau sebarang kesan buruk akibat 'trade war' China-AS – Chua

0
44
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia memantau rapat perkembangan dalam perang perdagangan atau ‘trade war’ antara Amerika Syarikat (AS) dan China agar kesan buruk yang timbul dapat dikawal.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong berkata ia membimbangkan kerana impaknya bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi juga negara-negara lain yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport dengan kedua-dua negara itu.

“Dari segi Malaysia, kita mengetahui bahawa kedua-dua negara ini merupakan pasaran yang penting buat kita.

“Oleh itu, pihak kami sedang bekerjasama dengan rangkaian pejabat yang kita ada di kedua-dua negara untuk memantau perkara ini dan cuba mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Ini penting supaya Malaysia tidak menerima kesan buruk daripada perang perdagangan ini, tambahnya.

Chua berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Khalid bertanya mengenai tindakan yang diambil Malaysia susulan berita tentang ‘perang perdagangan’ antara AS dan China.

Sebelum ini, China dilaporkan memberi amaran kepada AS bahawa negara itu ‘tidak gentar menghadapi perang perdagangan’ ketika mengancam mengenakan tarif bernilai AS$3 bilion (RM11.7 bilion) ke atas produk AS sebagai balasan terhadap barangan import China oleh Presiden Donald Trump.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here