Maldini kembali ke Milan

0
53
Advertisement



SELEPAS 25 tahun menabur bakti sebagai pemain AC Milan, bekas pertahanan Itali, Paolo Maldini kembali ke pangkuan kelab lamanya itu apabila dilantik sebagai pengarah pembangunan dan strategi sukan.

Maldini, 50, diberi tanggungjawab besar untuk memulihkan imej kelab itu dan menyediakan pasukan bagi kembali bersaing merebut kejuaraan domestik yang pernah dikecapi mereka sebelum ini.

Musim lalu, skuad Rossoneri itu sekadar menamatkan saingan Serie A di tangga keenam.

“Tiada kata-kata yang dapat saya ungkapkan selain terima kasih apabila Paolo Maldini bersedia membantu mengembalikan kegemilangan AC Milan seperti ketika zamannya sebagai pemain,” kata ketua eksekutif kelab, Paolo Scaroni, semalam.

“Pelantikan hari ini satu lagi tanda komitmen beliau bersama kelab untuk kejayaan jangka panjang.

“Ia bukan mudah dan akan mengambil masa, tapi kami mempunyai objektif dan cita-cita tinggi. Kehadiran Maldini langkah penting buat AC Milan kembali menjadi pencabar kejuaraan.”

Sepanjang 25 tahun Maldini di Milan, beliau beraksi sebanyak 647 perlawanan dan berjaya memenangi 26 trofi termasuk tujuh gelaran Serie A dan lima Liga Juara-Juara.

Beliau juga bermain 126 kali untuk negaranya, menamatkan saingan sebagai naib juara Piala Dunia pada 1994 dan Euro 2000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here