"Mama tak terkilan kamu pergi depan mata" – Jue Aziz meratap di Instagram

0
62
Advertisement

“Terima kasih Allah bagi pinjamkan sekejap anugerah ini,” berikut antara luahan hati Jue Aziz di Instagram.

Apa yang berlaku sebenarnya Jue sedang meratapi pemergian tiga ekor kucing kesayangannya semalam.

Bagi pencinta haiwan seperti Jue, hilangan itu memberikan tamparan hebat. Jadi pelakon itu merakamkan detik-detik menyedihkan itu untuk berkongsi bersama peminatnya.

Kata Jue, dia tidak terkilan dengan kehilangan haiwan kesayangannya itu memandangkan dia sempat meluangkan detik akhir itu bersama-sama.

“Ya Allah, macam tahu-tahu saja Mama esok tak ada sebab outstation. Boleh pula dia pergi dulu tiga ekor sekali jalan.

“Sekurang-kurangnya Mama tak terkilan kamu semua pergi depan mata Mama,” tambah Jue.

Video tangisan Jue ditonton lebih 109,000 kali dan mendapat lebih 300 komen netizen yang bersimpati dengan nasib pelakon itu.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here