Manchester United jual Blind

0
116
Advertisement



LONDON: Manchester United bersetuju menjual Daley Blind kepada Ajax dengan bayaran dijangka meningkat ke angka £18.5 juta (RM99.1 juta).

Blind, 28, menyertai United dari Ajax pada harga £13.8 juta (RM73.9 juta) pada 2014, ketika jurulatih kelahiran Belanda Louis van Gaal mengendalikan kelab itu.

Mampu bermain di bahagian pertahanan atau tengah, Blind kerap diturunkan Van Gaal, namun penampilannya semakin berkurangan sejak Jose Mourinho tiba di Old Trafford.

Dia beraksi dalam kedua-dua perlawanan final Piala FA dan Liga Eropah di mana pasukan berkenaan menewaskan Ajax.

Difahamkan, kelab Belanda itu akan menjelaskan bayaran awal £14 juta (RM75 juta) untuk kembali mendapatkan Blind dengan kontrak selama empat tahun. – Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Julai 2018 @ 8:30 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here