Manfaat kepada pengguna

0
89



Kini transformasi digital sudah semakin berkembang pesat dengan lebih banyak industri, perusahaan dan syarikat telekomunikasi berkongsi visi untuk mencapai ‘Hubungan Dunia Lebih Baik’.

Teknologi berkembang seperti pengkomputeran ‘cloud’, augmented reality (AR), realiti maya (VR), Internet untuk Segalanya (IoT) dan kepintaran buatan (AI) kini menuju ke arah mengubah masyarakat dan pengalaman digital untuk semua.

Menyedari trend itu, syarikat multinasional China Huawei Technologies Co Ltd (Huawei) menganjurkan Sidang Kemuncak Penganalisis Huawei 2017 (HAS 2017) bagi membincangkan perkara terbabit bersama penganalisis global, rakan industri dan pemimpin daripada pelbagai disiplin telekomunikasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Bergilir (Rotating) Huawei Eric Xu berkata dunia kini memasuki fasa lebih pintar apabila semua perkara berhubung, peka dan lebih pintar melalui medium peranti, saluran serta cloud.

Menurutnya, syarikat berhasrat menjadi pemudah cara dan pemacu dalam dunia yang lebih pintar kini.

Ini kerana penerokaan dan inovasi dalam teknologi akan memacu pembangunan industri dan peluang perniagaan lebih besar.

“Kami akan kekal komited membina lebih banyak hubungan, meluaskan saluran data dan memandu tranformasi digital dengan fokus kepada peranti pintar dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya pada ucaptama HAS 2017 di Shenzhen, China baru-baru ini.

Acara yang berlangsung pada 10 hingga 13 April lalu itu menyaksikan Huawei memaparkan teknologi terkini, amalan perniagaan dan penyelesaian dalam bidang seperti perkhidmatan cloud, video, IOT, AI dan dan transformasi digital.

Pada kali ini, acara yang bertemakan ‘Go Digital, Go Cloud’ itu menyaksikan sesi perbincangan dianjurkan serentak dan dihadiri 500 individu pelbagai disiplin yang turut mengambil bahagian dan memberi pendapat mengenai topik seperti peluang dan cabaran dalam era awan.

Topik perbincangan turut fokus kepada transformasi digital bagi perusahaan dan syarikat telekomunikasi, memaksimumkan perkhidmatan video untuk pengguna akhir, pelaksanaan rangkaian 5G dan lain-lain.

Mengulas tranformasi digital Huawei, beliau berkata syarikat akan memberi fokus untuk membina infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) awan keseluruhan bagi membolehkan semua organisasi menuju ke arah pendigitalan.

Perkhidmatan cloud itu akan membantu syarikat telekomunikasi untuk memberi perkhidmatan kepada perusahaan serta membantu mereka membina asas awan, kepintaran, sistem operasi digital yang membawa pengalaman masa sebenar, permintaan, online, lakukan sendiri dan sosial.

“Huawei akan memberi fokus kepada perkhidmatan cloud awam pada tahun ini dengan syarikat melabur jumlah yang banyak dalam pembinaan platform cloud awam dan terbuka.

“Perkara ini akan menjadi asas kepada Keluarga Cloud Huawei termasuk cloud awam yang dibina bersama operator seperti Deustsche Telekom, China Telekom dan Orange dilaksanakan kami sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai kecerdasan buatan (AI), Eric Xu berkata syarikatnya tidak menetapkan ia sebagai perniagaan baru atau industri baru yang diwujudkan namun ia membantu dalam memudahkan dan meningkatkan nilai perniagaan.

“Kami melihat AI sebagai teknologi yang membantu produk sedia ada kami bagi menyediakan dan peningkatan daya saing, meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan kami dan mengubah telefon pintar kepada telefon lebih pintar,”katanya.

Huawei turut menetapkan hala tuju jelas mengenai strategi IoT untuk tahun ini apabila mereka lebih cenderung mengiktiraf syarikat sebagai penyedia produk dan komponen.

Menurutnya, rangkaian tanpa wayar adalah sebahagian perniagaan asas oleh syarikat itu yang digabungkan dengan gerbang IoT perusahaan dan router IoT kediaman bagi memastikan semua perkara berhubung.

“Kami juga menyediakan platform pengurusan hubungan IoT berasaskan awan apabila ia membantu operator dan rakan perniagaan menggunakan hubungan IoT lebih selamat, diyakini dan cekap.

“Oleh itu, kami akan membina ekosistem IoT bersepadu yang membolehkan rakan perniagaan dan syarikat telekomunikasi memanfaatkan dan menangani keperluan IoT berbeza berdasarkan pelbagai industri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Harian Metro dan media antarabangsa yang turut serta dalam HAS 2017 diberi peluang meninjau dan melihat sendiri ibu pejabat Huawei di daerah Longgang, bahagian timur laut Shenzhen, China.

Rombongan media HAS 2017 dibawa melihat sebahagian bangunan di ibu pejabat Huawei seperti unit perusahaan yang fokus kepada perkhidmatan untuk syarikat dan ruang pameran memaparkan produk dan perkhidmatan ditawarkan Huawei.

Apa paling menarik, keluasan ibu pejabat Huawei ini adalah bersamaan dengan sebuah kawasan subbandar iaitu 223. 8 hektar menempatkan lebih 60,000 orang dan mewakili sebahagian daripada Shenzhen.

Ibu pejabat ini menempatkan lebih 10 unit bangunan terdiri daripada bangunan utama, kajian dan pembangunan, kediaman pekerja, pembuatan dan kampus Huawei.

Kampus itu dibina bagi memberi peluang kepada kakitangan Huawei dan individu dalam industri tele­komunikasi untuk mendapatkan ilmu dan meningkatkan kemahiran dalam bidang terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here