Manfaatkan momentum perbelanjaan sekarang – Persatuan Peruncit Bumiputera

0
93
Advertisement

KUALA LUMPUR: Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) mengulangi saranan kepada kerajaan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan semula, perlu ditetapkan pada kadar lebih mampu iaitu di bawah 10 peratus.

Bendahari BRO, Mustakim Manaf berkata, sentimen pengguna kini positif yang membawa manfaat kepada peruncit.

“SST sewajarnya ditetapkan pada kadar yang bukannya 10 peratus tetapi satu angka yang perlu dibincangkan serta dipersetujui bersama oleh semua pihak berkaitan.

“Ini bukanlah mudah kerana membabitkan satu keputusan di peringkat pembuat dasar. Oleh itu, pihak Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) mungkin perlu mendengar pandangan penggiat industri ini juga.

“Peruncit akan mendapat manfaat besar selagi pasaran memiliki faktor positif atau selesa,” katanya selepas menghadiri mesyuarat MPK, di sini hari ini.

“Ini memandangkan pengguna sudah mulai pulih daripada impak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tiga tahun lepas selain masalah kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Saranan yang dibuat Mustakim adalah sebagai menyokong pandangan disuarakan oleh Naib Presiden persatuan itu, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, sebelum ini.

BACA: ‘Peniaga patuh kalau SST rendah’ – Ameer Ali Mydin

Dalam pertemuan dengan MPK baru-baru ini, Ameer Ali berkata (pasaraya besar) Mydin telah membelanjakan hampir RM20 juta bagi pemasangan sistem pembayaran patuh GST.

Beliau juga dilaporkan berkata akan bersedia untuk menerima pelaksanaan semula SST bagi menggantikan GST dan berharap peralihan itu akan berjalan lancar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here