Mangsa korban banjir di pulau Kyushu kini 30

0
30


PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe melawat mangsa banjir di Hita, Oita. – Foto AFP

TOKYO: Jumlah kematian akibat banjir dan hujan lebat di Jepun meningkat kepada 30 orang, kata pekerja penyelamat yang meneruskan usaha mencari mangsa yang masih hidup.

Hujan lebat sejak minggu lalu menyebabkan banjir besar dan merosakkan jalan raya serta memusnahkan rumah di pulau Kyushu di selatan, menyebabkan beratus-ratus ribu penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Perdana Menteri, Shinzo Abe membatalkan lawatan ke Estonia yang pada asalnya dirancangkan sebagai program terakhir lawatan ke Eropah.

Beliau bergegas ke Kyushu semalam untuk menenangkan penduduk dan meninjau kerosakan akibat bencana alam itu.

Pihak berkuasa wilayah Fukuoka sudah mengenal pasti mayat mangsa dari bandar Asakura yang paling teruk dilanda banjir, menjadikan jumlah kematian dari wilayah itu sahaja sebanyak 24 orang.

Seminggu selepas bencana, beratus-ratus penduduk masih tinggal di gimnasium sekolah dan bangunan awam yang digunakan sebagai tempat perlindungan sementara.

Menurut pegawai tempatan, ribuan polis, tentera dan pekerja penyelamat sedang mencari 19 orang yang masih hilang. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here