Mangsa lori tangki meletup di Pakistan kini 205 orang

0
30


MULTAN: Jumlah kematian akibat lori tangki minyak yang meletup di tengah Pakistan bulan lalu meningkat kepada 205 orang, kata pegawai kerajaan selepas lebih ramai mangsa yang parah meninggal dunia.

Lori tangki itu terbalik di lebuh raya utama dari Karachi menuju ke Lahore ketika membawa 40,000 liter petrol pada 25 Jun lalu.

Ia meletup beberapa minit selepas dikerumuni orang ramai yang mahu mengambil minyak yang tertumpah, walaupun amaran diberikan oleh pemandu lori dan anggota polis yang bertugas.

Pegawai pentadbiran kanan, Rao Tasleem dari Bahawalpur berkata, jumlah kematian kini mencecah 205 orang selepas semakin ramai mangsa yang cedera parah meninggal dunia.

Pegawai perubatan Hospital Victoria di Bahawalpur, Dr Asim Bukhari bagaimanapun berkata, jumlah kematian sebenar ialah 206 orang namun belum disahkan pihak berkuasa. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here