Mangsa simbah asid bertemu jodoh secara tidak sengaja

0
52


SEORANG gadis yang wajahnya telah disimbah asid kira-kira lima tahun lalu akhirnya bertemu jodoh secara tidak sengaja.
 
Lalita Ben Bansi, 26, telah berkahwin dengan pasangannya Ravi Shankar, 27, di Mumbai baru-baru ini.
 
Menariknya, Lalita dikatakan telah berkenalan dengan Ravi secara tidak sengaja apabila dia menjawab panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.
 
Foto Hindustan Times
Mereka mula berkenalan sejak penggilan telefon pertama itu dan pasangannya percaya bahawa Lalita adalah jodoh dan takdir yang telah ditentukan untuknya.
 
Pada tahun 2012, muka Lalita telah disimbah asid oleh sepupunya setelah mereka bergaduh dan berselisih faham.
 
Semenjak itu, Lalita telah hilang keyakinan diri dan hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan.
 
Dia juga terpaksa menjalani pelbagai jenis pembedahan bagi memulihkan wajahnya dan setakat ini, Lalita telah menjalani sebanyak 17 pembedahan.
 
Foto Hindustan Times
Namun, setelah bertemu Ravi, keyakinan Lalita mula kembali dan dia amat bersyukur kerana Ravi dapat menerima kekurangannya.
 
Suaminya Ravi berkata dia percaya bahawa Lalita adalah keajaiban yang dikurniakan dalam kehidupannya.
 
”Saya hanya perlu yakinkan ibu saya bahawa Lalita adalah pilihan yang tepat.
 
”Saya juga inginkan Lalita berasa bahagia dan dia sememangnya berhak untuk hidup seperti wanita lain,” katanya kepada portal Hindustan Times.
 
Ravi yang bekerja di syarikat swasta dan memiliki sebuah stesen minyak berkata selepas berkahwin, mereka akan tinggal di Mumbai atau Ranchi dan keputusan itu bergantung kepada pilihan isterinya.
 
Olahan : Izzat Ridzwan
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here