Mansuh Obamacare: Senat lulus usul teruskan debat

0
27

WASHINGTON: Selepas kandas beberapa kali, hasrat presiden Donald Trump untuk mansuhkan Akta Penjagaan Kesihatan atau Obamacare, kini mula menampakkan hasil positif.

Senat meluluskan usul untuk meneruskan perdebatan rang undang-undang baharu bagi menggantikan Obamacare.

Usul itu beberapa kali gagal sebelum ini kerana perbezaan pendapat dalam kalangan senator Republikan.

Bagaimanapun keputusan pengundian pada Selasa berakhir sengit dengan 51 senator menyokong, 50 menentang.

Ini termasuk sokongan yang diperoleh daripada Senator John McCain yang sedang bertarung dengan kanser otak

Trump dalam kempen ke White House sebelum ini berjanji akan memansuhkan Obamacare.

Keputusan ini bermakna senat akan memulakan sesi debat dan pengundian untuk memansuh dan menggantikan Obamacare dengan akta baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here