Maria Sharapova disiasat polis India gara-gara projek pembinaan terbengkalai

0
15

NEW DELHI: Juara Grand Slam lima kali, Maria Sharapova, kini disiasat oleh polis India atas konspirasi penipuan dan jenayah susulan kegagalan sebuah projek perumahan mewah yang dipromosikannya, kata seorang peguam pada Selasa.

Portal India Times melaporkan, syarikat di sebalik projek pembinaan itu didakwa melarikan jutaan dolar daripada pembeli kediaman sebelum projek itu terbengkalai.

Piyush Singh, peguam yang mewakili salah seorang daripada pembeli, memberitahuAFP bahawa polis telah memfailkan dakwaan penipuan dan jenayah.

Projek yang sepatutnya dibangunkan di Gurgaon, iaitu bandar satelir di New Delhi, sepatutnya siap pada tahun 2016, namun kerja-kerja pembinaan telah terbengkalai selepas pihak pembangun mengumpulkan jutaan dolar daripada pembeli hartanah.

Setakat ini belum ada komen lanjut daripada pihak polis tentang kes itu, yang kini dibicarakan di sebuah mahkamah di New Delhi.

Panggilan yang dibuat kepada pihak pembangun juga tidak dijawab, sementara Sharapova belum mengulas tentang kes itu.

Bekas pemain tenis nombor satu dunia itu pada 2015 telah menjana pendapatan hampir AS$30 juta, dengan AS$23 juta daripadanya datang dari kerjasama promosi seperti projek di Gurgaon itu.

Dalam kerjaya tenisnya, Sharapova membuat kemunculan semula yang kontroversi pada April, selepas menjalani penggantungan 15 bulan kerana terkait masalah doping.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here