Maria tak gentar tekanan daripada Kristina

0
65



Stuttgart, Jerman: Menjelang aksi separuh akhir, Kristina Mladenovic cuba menambah tekanan kepada Maria Sharapova (gambar) dengan mendakwa bintang Russia itu mendapat ‘bantuan khas’ ketika kembali bermain selepas digantung 15 bulan.

Maria melangkah ke separuh akhir selepas mengetepikan Anett Kontaveit kelmarin dan ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut pemain itu sejak mula bermain.

Juara Grand Slam lima kali berusia 30 tahun itu masih belum terlepas mana-mana set dan mengalahkan pemain Estonia Anett 6-3,6-4 di suku akhir.

Bekas pemain nombor satu dunia itu diberikan wild card oleh penganjur kejohanan di Stuttgart, Madrid serta Rome tetapi tindakan itu mencetuskan rasa kurang senang ramai pemain termasuk Kristina.

“Dalam arena sukan hari ini, ia turut didalangi media serta perniagaan. Maria memiliki nama besar dan kehadirannya mampu menarik ramai penonton,” kata Kristina yang menduduki ranking ke-19 dunia selepas menang 6-3,6-2 ke atas pemain Sepanyol Carla Suarez Navarro.

“Dalam satu lagi segi, saya faham mengapa penganjur mahu namanya di dalam undian kerana dia seorang yang popular dan mereka perlukan jumlah penonton yang ramai. Ia adalah berkaitan perniagaan.

“Bagaimanapun, adakah tindakan memberikannya wild card itu adil? Dia didapati salah oleh badan anti doping tetapi dia bukanlah atlet pertama yang mendapat layanan sebegitu.

“Pemain lain juga pernah dikenakan hukuman dan mereka tetap berhak kembali bermain tetapi terpaksa mengharungi laluan yang sukar dan ada di antara mereka tidak dijemput menyertai kejohanan.

“Memang benar dia boleh kembali bermain tetapi mengapa dia mendapat bantuan khas berbanding pemain lain?”

Maria memberikan jawapan sinis ketika diajukan soalan mengenai perkara itu dan dia berkata: “Saya langsung tidak terganggu dengan komen sebegitu.

“Saya tidak pernah menganggap ia sebagai satu bantuan dan saya bermain di sini atas kemampuan saya.”

SHARE
Previous articleMercedes 'main wayang'
Next articleHarap keajaiban

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here