Markah penuh 11 bintang yang berjaya melangkah ke minggu ketiga GV4!

0
32

SELEPAS beradu vokal dalam Konsert kedua di pentas GegarVaganza 4 (GV4), hanya 11 bintang sahaja yang bakal melangkan ke minggu ketiga.

Dengan tema ‘Sekali Dengar Terus Melekat’, konsert kedua ini menyaksikan Liza Hanim menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 83.8 %.

Manakala Ferhad pula menduduki tempat terakhir dengan jumlah markah sebanyak 52.5 %.

11 bintang lain yang berjaya memasuki peringkat seterus adalah Liza Hanim, Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jimbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, Elyana dan Raja Azura.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Jalaluddin Hassan.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan penuh konsert kedua GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, sebentar tadi (malam Ahad).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh 12 bintang mengikut susunan markah paling tinggi:
 
1. Liza Hanim – 83.3 %

2. Haida – 72.9 %

3. Hazami – 71.9 %

4. Syura – 67.3 %

5. Aishah – 67.3 %

6. Tia Jinbara – 66.8 %

7. Lan Kristal – 64.5 %

8. Aqasha – 63.4 %

9. Firman – 67.3%

10. Elyana – 62.8 %

11. Raja Azura – 61 %

12. Ferhad – 52.5 %
 
Sementara itu, Elyana yang mempersembahkan lagu Masih Cinta nyanyian asal kumpulan Kotak dipilih sekali lagi sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
 
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my
 
Teks oleh: Mya Amri
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here