Markah penuh 5 bintang AF Megastar yang berjaya melangkah ke final!

0
144
Advertisement

SELEPAS beradu vokal dalam Konsert Homecoming dan berentap selama lima minggu di pentas AF Megastar, akhirnya hanya lima bintang yang bakal melangkah ke pusingan akhir minggu hadapan.

Lima bintang yang berjaya memikat hati juri dan penonton di rumah ialah Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan lima finalis ini di konsert separuh akhir yang berlangsung di Royal Teater Shah Alam, sebentar tadi (malam Ahad).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh lima finalis AF Megastar mengikut susunan markah paling tinggi:

1. Idayu: 59.1%
2. Bob: 55.4%
3. Marsha: 53.5%
4. Syamel: 46.5%
5. Shahir: 28.5%
6. Amir J: 26.0%
7: Amir: 21.1%

Sementara Idayu turut dinobatkan sebagai penerima anugerah Star Of The Week minggu ini yang membawa pulang kad e-gift bernilai RM2,000 tajaan Go Shop dan sebuah trofi daripada Astro Gempak.

Imbas kembali persembahan yang dilakukan kesemua bintang malam tadi:

 1. Shahir – Tugasan Solo: Hello (Adele) & Tugasan Duet: Warkah Untuk Ku (Ara) bersama Awi Rafael

2. Syamel – Tugasan Solo: Di Pintu Mahligai (Iklim) & Tugasan Duet: Sedalam-Dalam Rindu (Tajul) bersama Black

 3. Amir – Tugasan Solo: Kullul Hubbi (Faizal Tahir) & Tugasan Duet: Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir) bersama Siti Nordiana)

 4. Bob – Tugasan Solo: Asal Kau Bahagia (Armada) & Kerna Hati Ini Telah Dilukai (Ajai & Krisdayanti) bersama Dayang Nurfaizah

 5. Marsha – Tugasan Solo: Menahan Rindu (Wany Hasrita) & Tugasan Duet: Lay Me Down (Sam Smith) bersama Jaclyn Victor

 6. Idayu – Tugasan Solo: Segala Perasaan (Datuk Siti Nurhaliza) & Tugasan Duet: Kerna Ku Sanggup (Agnes Monica) bersama Azharina

7. Amir Jahari – Tugasan Solo: Sabar (Ismail Izani) & Tugasan Duet: Kenangan Terindah (Samsons) bersama Bam Samsons

 AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.
 
Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video atau boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my

Nak imbau kembali Jika konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga AF2013, boleh didapati di Astro On Demand, untuk maklumat lanjut sila ke www.watchod.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here