Masa depan FGV lebih bersinar – CEO Zakaria Arshad

0
250
Advertisement

KUALA LUMPUR: “Masa depan FGV kini lebih bersinar.”

Itu reaksi ringkas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) Datuk Zakaria Arshad apabila menjawab soalan tentang nasib FGV di bawah kerajaan baharu.

Beberapa cadangan penambahbaikan diberikan kepada beliau selepas pertemuan bersama Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara.

Menurut Zakaria, antara cadangan itu termasuk aspek penambahbaikan sumber pendapatan dan operasi.

“Kesemua cadangan ini sangat baik. Tetapi ia perlu melalui persetujuan ahli lembaga pengarah kumpulan.

“Saya tidak pasti berapa lama ia akan siap, tetapi ia cadangan yang baik,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Zakaria berkata, di pihak FGV, ia menyokong usaha kerajaan baharu yang ingin memastikan tiada campur tangan politik dalam operasi syarikat.

“Ia membolehkan syarikat diurus secara professional,” katanya sambil menambah saham FGV yang melonjak pasca kemenangan Pakatan Harapan adalah susulan keyakinan pelabur terhadap syarikat itu untuk bergerak ke hadapan.

Dalam pertemuan bersama Majlis Penasihat Kerajaan, Zakaria turut membentangkan latar belakang, sejarah pembelian dan beberapa aspek lain syarikat.

Selain Zakaria, Majlis Penasihat Kerajaan turut memanggil Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aiman, bekas Pengarah Besar FELDA Datuk Hanapi Suhada, Pengerusi  FELDA Investment Corporation Sdn Bhd Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here