MAVCOM buat laporan polis ke atas Tony Fernandes

0
229
Advertisement

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah menyangkal tuduhan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes.

MAVCOM berkata,suruhanjaya itu pada hakikatnya telah meluluskan semua 66 penerbangan tambahan yang telah dipohon oleh AirAsia pada 23 April 2018.

Menurut MAVCOM, suruhajaya itu menjelaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan kepada AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan lain untuk mengurang atau membatalkan apa-apa penerbangan yang telah memenuhi keperluan pengawalseliaan.

MAVCOM menyatakan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Tan Sri Tony Fernandes adalah satu perkara yang serius dan telah membuat laporan polis.


IMBAS KEMBALI
Tuduhan Tony Fernandes terhadap MAVCOM:

  • Suruhanjaya memberitahu AirAsia Berhad (“AirAsia”) untuk membatalkan semua 120 penerbangan tambahan yang dipohon oleh AirAsia semasa tempoh Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (“PRU14”)

MAVCOM menjelaskan bahawa semua permohonan penerbangan tambahan yang diterima oleh Suruhanjaya adalah dibuat melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (“CAAM”).

AirAsia pada 13 April 2018 dan 18 April 2018, telah meminta sebanyak 54 penerbangan tambahan (27 perjalanan pergi balik dengan jumlah maksimum penumpang sebanyak 13,660) yang akan beroperasi semasa PRU14 dan penerbangan tambahan tersebut telah diluluskan oleh MAVCOM pada 17 April 2018 dan 18 April 2018.

Pada 20 April 2018 (Jumaat) jam 3.20 petang, AirAsia selanjutnya telah meminta 86 penerbangan tambahan (43 perjalanan pergi balik dengan jumlah penumpang maksimum sebanyak 15,480) yang akan beroperasi semasa PRU14.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here