Maxis telah mengumumkan akan menaiktaraf automatik pelan semasa MaxisOne Plan menerusi penggunaan quota pengguna mereka dalam masa terdekat berikutan mendapat kritikan hebat netizen dalam laman social facebook baru-baru ini.
Gambar viral di laman social Facebook itu membandingkan Maxis dan syarikat telco lain dari segi kontrak, lebihan quota, dan harga. Jelas ternyata Maxis tidak memberikan sebarang keunikan kepada pengguna mereka melalui perbandingan tersebut.
Pengguna yang sebelum ini hanya menikmati 1GB quota bulanan untuk pelan RM98 sebulan kini boleh menarik nafas lega kerana akan dinaiktaraf kepada 5GB dan akan mendapat 3GB percuma bermula 14 April ini. Kesemua pelan dalam MaxisOne Plan akan dinaiktaraf sehingga quota maksimum 16GB (RM188 sebulan).
Walaupun begitu, status quota yang tidak digunakan pada bulan semasa tidak dinyatakan boleh dibawa ke bulan seterusnya ataupun tidak. Status quota boleh dibawa ke hadapan telah diperkenalkan oleh 2 lagi syarikat gergasi telco Malaysia iaitu Celcom & Digi.
Celcom & Digi juga menawarkan pelan tidak berkontrak manakala Maxis masih lagi mengekalkannya dan tidak memberikan kata putus dalam proses naiktaraf ini.