May arah siasat ancaman ketika kempen pilihan raya

0
39


Theresa May

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, mengarahkan satu kajian semula dibuat ke atas laporan bahawa calon pada pilihan raya parlimen Jun lalu mengalami penderaan, dibuli serta menerima ancaman.

Pemimpin wanita itu meminta Jawatankuasa Standard Public Life, satu badan awam ditaja kerajaan, memberi pertimbangan sama ada calon yang bertanding mendapat perlindungan yang cukup, khasnya ketika peningkatan penggunaan media sosial.

“Saya terkejut dengan banyak cerita daripada rakan kerja mengenai tahap penderaan, membuli dan ancaman yang mereka alami ketika kempen pilihan raya umum,” kata May dalam satu kenyataan.

Perkara itu diumumkan ketika ahli parlimen mendebatkan isu berkenaan selepas perwakilan yang merentasi spektrum politik negara menyuarakan pengalaman mereka, termasuk penderaan seks dan perkauman di atas talian, ancaman keganasan serta kerosakan harta benda.

“Debat yang kasar adalah bahagian penting dalam demokrasi kita, tapi tiada tempat untuk ancaman keterlaluan serta penderaan yang kita saksikan sejak beberapa bulan lalu,” katanya. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here