May menangis Parti Konservatif hilang majoriti

0
26


Theresa May

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, mengaku menangis apabila keputusan awal menunjukkan partinya gagal memperoleh majoriti pada pilihan raya umum United Kingdom, pada 8 Jun lalu.

May berkata, beliau agak ‘kecewa’ apabila mengetahui keputusan kehilangan majoriti di Parlimen, walaupun sebelum itu meminta pengundi memberikan mandat besar kepadanya untuk berunding penarikan diri Britain daripada blok Kesatuan Eropah.

Katanya, beliau mengakui kempen Parti Konservatif tidak sempurna, tetapi menjangkakan partinya akan menambah majoriti.

May berkata, suaminya, Philip memberitahu keputusan awal pilihan raya itu, dan memeluknya untuk menenangkannya.

“Apabila keputusan diketahui, ia mengejutkan. Saya mengambil masa beberapa minit untuk menerima apa yang diberitahu kepada saya, ” katanya kepada radio Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

May berhadapan desakan meletak jawatan dalam kalangan partinya sendiri, selain dari luar selepas hilang majoriti dalam pilihan raya yang meletakkan Britain dalam ketidakstabilan politik terburuk dalam masa beberapa dekad.

“Apabila keputusan sebenar diketahui, ramai anggota parti yang berusaha keras berkempen terkejut,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan meletak jawatan selain enggan menyatakan tempoh menjadi perdana menteri.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here