Mayat bekas diktator Panama dibakar

0
24


MANUEL Noriega. Foto fail REUTERS

PANAMA CITY: Mayat bekas diktator Panama, Manuel Noriega dibakar semalam, sehari selepas pemimpin berusia 83 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital di sini, kata rakan keluarga berkenaan.

Upacara itu dihadiri hanya dihadiri keluarga terdekat, antaranya tiga anak perempuannya serta rakan di pusat pembakaran mayat di ibu kota ini. Abu mendiang diberi kepada balunya.

“Ia adalah ucapan selamat tinggal seperti diharapkan keluarga. Abunya akan disimpan isterinya, Felicidad.

“Agak sukar membuat keputusan (membakar mayat) kerana hingga saat akhir ada banyak halangan,” kata Ruben Murgas, rakan Noriega dan bekas pengarah radio tempatan.

Noriega meninggal dunia kelmarin di Hospital Santo Tomas di sini di mana mendiang pulih daripada pembedahan Mac lalu untuk mengeluarkan ketumbuhan otak dan pembedahan berikutnya menghentikan pendarahan batang serebrum.

Punca kematiannya tidak diberikan begitu juga bedah siasat tidak dilakukan kerana Noriega mati di hospital.

Bekas diktator itu diberi pembebasan sementara dari penjara di mana dia menjalani hukuman tiga hukuman penjara 20 tahun berturut-turut atas kehilangan ramai musuh politiknya ketika memerintah dari 1983 hingga 1989. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here