Mayat mendiang Liu Xiaobo selamat dibakar

0
37


SHENYANG: Mayat mendiang pemenang Anugerah Nobel, Liu Xiaobo dibakar hari ini selepas majlis penghormatan peribadi yang turut dihadiri isteri dan rakannya, iaitu dua hari selepas beliau meninggal dunia akibat kanser.

“Mayat Xiaobo dibakar mengikut permintaan ahli keluarga dan budaya tempatan di timur laut Shenyang,” kata pegawai pejabat perbandaran, Zhang Qingyang.

Gambar yang dikeluarkan pihak berkuasa, menunjukkan isterinya, Liu Xia, abang iparnya, abang kandung Xiaobo dan sekumpulan rakan berkumpul mengelilingi mayat mendiang sambil memegang bunga berwarna putih di rumah pengebumian.

Kerajaan China sebelum ini, dikritik hebat pihak antarabangsa berhubung rawatan yang diberikan kepada pejuang demokrasi itu dan isterinya, yang kini dikenakan tahanan dalam rumah sejak 2010.

Malah, Beijing didesak supaya membebaskan Liu Xia dan membenarkan beliau ke luar negara. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here