Maybank lantik CEO Kumpulan baharu bagi perbankan kewangan komuniti

0
393
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Datuk John Chong Eng Chuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan bagi Perkhidmatan Kewangan Komuniti berkuat kuasa 18 Julai, 2018.

Dalam kenyataan hari ini, Maybank berkata Chong, yang kini merupakan CEO Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dan Maybank Kim Eng Group (MKE), akan menggantikan Datuk Lim Hong Tat yang bersara dari bank itu berkuat kuasa tarikh yang sama.

“Maybank sedang dalam proses mengenal pasti calon pengganti yang sesuai untuk jawatan CEO Maybank IB dan MKE, pada masa sama Chong akan terus menerajui Maybank IB dan MKE sehingga dimaklumkan kelak,” menurut kenyataan itu.

Pengumuman akan dibuat dalam tempoh terdekat sebaik sahaja kelulusan pengawalseliaan yang diperlukan telah diperolehi, menurut kenyataan tersebut.

Chong menyertai Maybank IB (sebelum ini dikenali sebagai Aseambankers Malaysia Bhd) sebagai pegawai di jabatan perbankan pada Mac 1993 dan mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam perbankan pelaburan dengan syarikat itu.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here