Mayon terus aktif, paksa lebih 56,000 penduduk berpindah

0
85
Advertisement
ALBAY: Gunung berapi paling aktif di Filipina, Gunung Mayon sekali lagi memuntah lava dan abu tebal, memaksa lebih 56,000 penduduk kampung dipindahkan pada Rabu.

Institut Vulkanologi dan Seismologi memaklumkan, lava naik ke kawah gunung hingga 700 meter, sementara abu menjulang  hingga 3 kilometer ke udara sekurang-kuranganya dua kali pada Selasa.

Letusan pada tengah hari Isnin adalah yang terkuat sejak gunung berapi itu mula meletus sejak seminggu lalu.

Pihak berkuasa beri amaran, letusan besar boleh b0erlaku pada bila-bila masa, yang akan menyaksikan debu tebal melitupi kawasan sekitar.

Sekurang-kurangnya 56,217 penduduk ditempatkan di 46 pusat penempatan sementara pada Selasa.

Proses pemindahan turut dibantu pasukan tentera dan polis.

BACA: Amaran letusan gunung berapi Mayon, penduduk dipindahkan

Zon bahaya di sekitar kawah itu telah berkembang dari 6km hingga 8km, tetapi sesetengah penduduk masih cuba menyelinap ke rumah masing-masing untuk memeriksa mereka dan juga menonton pertandingan ayam belukar popular di bandar Santo Domingo, wilayah Albay. - REUTERS
Dalam pada itu, pegawai bencana memberi amaran kepada semua penduudk supaya berpindah dan menjauhi zon larangan.

“Sekiranya aliran piroklastik melanda manuisa, anda tidak ada pelunag untuk hidup.

Oleh itu, kepada penduduk kampung, janglah langgar undang-undang, jauhi zon larangan, Sekiranya kamu ingkar, hukumannya adalah mati mandatori (kerana aliran piroklastik),” ujar Cedric Daep dalam sidang media yang diadakan.

Quitin Velardo, 59, seorang petani mahu pulang ke kampungnya bagi memastikan keselamatan kerbaunya. - Reuters
Zon bahaya di sekitar kawah itu telah berkembang dari 6km hingga 8km namun, sesetengah penduduk masih cuba menyelinap ke rumah masing-masing untuk memeriksa kediaman serta ternakan mereka selain ada juga menonton pertandingan ayam belukar yang terkenal di bandar Santo Domingo, wilayah Albay.

Gunung Mayon dengan ketinggian 2,460 meter dan lebar 20km, antara gunung berapi aktif di Filipina yang terkenal dengan keindahannya. Dalam tempoh 400 tahun, ia telah meletus sebanyak 51 kali.

Letusan paling banyak menyebabkan kemusnahan ialah pada 1814, yang mengorbankan kira-kira 1,200 nyawa dan tiga bandar ditenggelami oleh lumpur dan batu.

Debu berterusan keluar dari Gunung Mayon selepas gunung itu meletus sejak minggu lalu. - Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here