MB sertai kayuhan amal SMK Anderson

0
473
Advertisement



 

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu adalah antara 230 peserta dijangka menyertai kayuhan amal ‘fun ride’ sempena sambutan sukan 100 tahun Sekolah  Menengah Kebangsaan (SMK)  Anderson di sini, pagi esok.  

Turut dijangka menyertai acara itu ialah Presiden Anderson old Boys Association (ASOBA) yang juga Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta beberapa kenamaan lain. Penolong Kanan Pentadbiran SMK Anderdon, Khairil Anuar Khairuddin, berkata kayuhan itu sejauh 25 kilometer dan laluannya adalah 100 peratus atas permukaan jalan raya.  

“Kayuhan akan bermula dari SMK Anderson di Jalan Hospital sehingga ke Jalan Raja Di Hilir, Jalan Tambun, Persiaran Lagun Sunway dan berpatah balik ke Jalan Tambun sehingga tiba kembali ke sekolah,” katanya.  

Beliau berkata, kayuhan amal itu diadakan bertujuan mengutip dana bagi tabung pembangunan sekolah itu.  

Kemuncak acara ialah majlis makan malam yang akan diadakan di dewan sekolah itu malam esok.  

Raja Muda, Raja Jaafar Raja Musa Muda dijangka hadir pada majlis berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here