Media China lapor kes bateri iPhone 8 menggelembung

0
131
Advertisement

BEIJING: Satu lagi kes baharu tentang kerangka telefon pintar iPhone yang terkuak akibat bateri menggelembung dilaporkan dalam media di China, lapor Reuters.

Kes itu berlaku ketika Apple mahu menjadikan negara dengan pasaran terbesar dunia itu sebagai sasaran jualannya.

Insiden tersebut terjadi pada masa yang sama Apple sedang menyiasat kejadian seumpamanya di Taiwan dan Jepun. Dua kes tersebut melibatkan bateri bagi iPhone 8 yang menggelembung, seterusnya menyebabkan kerangka telefon itu terbuka.

Dalam laman web ThePaper.cn pada Khamis, memetik seorang pembeli bernama Liu yang mengatakan iPhone 8 Plus yang baru dipesan dalam keadaan terkuak apabila diterima pada 5 Oktober lalu. Bagaimanapun, tiada kesan telefon itu dalam keadaan panas atau telah meletup.

Liu memberitahu, dia membeli model telefon itu menerusi pasaran atas talian JD.com Inc. Tambahnya, dia tidak megecas peranti baharu itu dan telah mengembalikannya kepada penjual.

Gambar yang diambil Liu dan dipaparkan dalamlaman web Thepaper.cn menunjukkan iPHone 8 miliknya terkuak di bahagian sisi yang menempatkan kad SIM, dengan bahagian dalamannya kelihatan.

Jurucakap Apple berkata, syarikat itu sedang meneliti perkara itu dan enggan memberikan ulasan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here