Mehmet tak bimbang 'benteng' goyah

0
16
Advertisement



 

PERAK akan memulakan kempen Piala Malaysia 2018 Kumpulan A bertemu FELCRA FC di Stadium Perak, malam esok tanpa tiga pemain tonggak.  

Mereka ialah Shahrul Mohd Saad, Amirul Azahan Aznan dan Mohd Syazwan Zaipol.  

Shahrul dan Amirul yang menjadi tonggak benteng The Bos Gaurus masih menjalani rawatan pemulihan kecederaan paha manakala Syazwan kini berada bersama skuad bawah 23 tahun negara.

Begitupun ia bukan kali pertama Shahrul dan Amirul tidak beraksi kerana khidmat mereka tidak dapat digunakan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super.  

Jurulatih, Mehmet Durakovic tidak begitu bimbang dengan keadaan itu kerana mempunyai pemain mencukupi bagi mengisi kekosongan itu nanti.  

“Pemain yang menggantikan mereka juga nampak semakin berkeyakinan dan mampu bergandingan dengan rakan lain terutama Jad Nourredine dan Nazirul (Naim Che Hashim). Jadi saya tidak begitu bimbang,” katanya.  

Apapun jurulatih itu gentar apabila melihat kerapuhan benteng pasukannya yang dibolosi empat kali ketika menentang PKNS FC dalam perlawanan terakhir liga Sabtu lalu.  

“Itu satu igauan buruk yang mahu dilupakan terus dari ingatan dan saya berharap pemain belajar dari kesilapan serta tidak mengulanginya,” katanya.  

Jurulatih itu juga mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu yakin biarpun lawan ditemui adalah pasukan Liga Perdana.  

“Harus diingat mereka adalah naib juara Liga Perdana dan mereka bukan calang-calang pasukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here