Melaka terlepas khidmat Syahrul

0
177
Advertisement



MELAKA United dijangka terlepas khidmat pemain sayap, Syahrul Azwari Ibrahim dalam dua baki terakhir Liga Super selepas pemain itu mengalami kecederaan ketika seri 2-2 dengan Pahang di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Ketua jurulatih Melaka, E Elavarasan berkata, kecederaan pemain itu agak serius hingga terpaksa dikeluarkan sejurus dibentes pertahanan lawan pada hujung babak pertama.

Menurutnya, kecederaan otot dialami Shahrul memerlukan pemain itu berehat secukupnya untuk menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.

“Justeru, skuad Hang Tuah sudah pasti terlepas khidmatnya ketika melayan kunjungan Selangor di gelanggang sendiri Sabtu ini dan Negeri Sembilan pada 28 Julai di Paroi.

“Apa pun, kami masih menunggu laporan dan pengesahan doktor berkaitan tahap kecederaannya, namun berharap ia tidak terlalu serius dan boleh diturunkan ketika berdepan Negeri Sembilan kelak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here