Membara sarung jersi Wolves

0
247
Advertisement



LONDON: Joao Moutinho yang menyertai kelab Midlands itu semalam percaya mentaliti untuk menang dalam dirinya mampu membantu Wolverhampton Wanderers menjadi kelab dihormati.

Bagaimanapun, pendatang baru, Wolves yang kembali ke Liga Perdana selepas enam tahun dengan menjuarai Championship tidak mendedahkan butiran perjanjian tetapi media British melaporkan Moutinho yang membantu Portugal menjuarai Euro 2016 menjadi milik pasukan itu dengan harga £5 juta (RM26 juta).

Moutinho tiba di Molineux dengan reputasi hebat membantu Monaco menjuarai Ligue 1 Perancis di samping meraih beberapa trofi bersama kelab Liga Primeira Portugal, Porto dan juara Liga Europa 2011. Dia menyertai penjaga gol, Rui Patricio yang turut beraksi untuk Portugal di Piala Dunia Russia.

“Saya sangat gembira dapat menimba pengalaman bersama kelab hebat ini,” kata Moutinho dalam laman web kelab.

“Saya berharap dapat membantu kelab mencapai sasaran dengan menang semua perlawanan. Saya tahu pasti sukar menentang kelab besar dalam Liga Perdana tetapi dengan mentaliti dan pengalaman, saya yakin Wolves mampu mencapai objektif ,” katanya.

Menurut Moutinho, dia yakin tiada masalah untuk menyesuaikan diri di tempat baru apatah lagi mempunyai rakan senegara, Patricio dan pengurus, Nuno Espirito Santo. Sebelum ini dia meninggalkan Portugal untuk menyertai Monaco dan berjaya membawa kelab itu dari Divisyen Kedua ke Ligue 1.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here