'Menang final pun tiada makna'

0
81



London: Alex Oxlade-Chamberlain (gambar) berkata, kejayaan di final Piala FA tidak akan dapat mengubati kekecewaan Arsenal yang gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pemain tengah England berusia 23 tahun itu sedang berebut tempat untuk beraksi menentang Chelsea di Stadium Wembley awal pagi esok pada perlawanan yang dianggap terakhir buat pengurus Arsene Wenger.

Arsenal tidak layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun dan Oxlade-Chamberlain berkata: “Musim ini agak berliku buat kami. Kami menamatkan musim dengan 75 mata dan nasib kami pada musim akan datang belum dapat dipastikan.

“Tetapi masa berubah dan anda perlu terus ke depan. Kami gagal melakukannya musim ini dan itulah sebabnya mengapa kami tidak berada di kelompok empat teratas.

“Adalah satu bonus jika kami menamatkan musim dengan lebih positif, tetapi dalam hati, kami sentiasa mahu berada di kedudukan terbaik dan hakikat itu tidak dapat dinafikan.

“Kami tidak boleh menipu diri sendiri.”

Oxlade-Chamberlain akan melangkah ke tahun terakhir kontraknya di Emirates dan enggan menjawab persoalan mengenai masa depannya ketika Liverpool, Everton, Manchester City serta United dikatakan berminat dengannya.

Oxlade-Chamberlain dilaporkan tidak gembira dengan tempoh bermain di dalam skuad utama musim ini dan pemain itu tidak bersedia untuk menjawab pertanyaan wartawan mengenai perkara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here