Menari 'ghairah': Nisa Kay reda dengan kesan dan akibat

0
149
Advertisement

PENGACARA dan blogger, Nisa Kay mengakui beliau reda dan sedia menerima apa saja kesan susulan video aksinya membuat ‘tarian ghairah’ pada sebuah majlis di ibu kota, kelmarin, menjadi tular.

Memetik laporan BH Online, beliu turut akur sekiranya kerja-kerja promosi yang dilakukannya di laman sosial ditarik balik.

“Setakat ini ada beberapa kempen perlu saya promosikan di Instagram. Tetapi, andai kata saya tiada kerja promosi gara-gara isu ini, saya reda. Apa yang penting, saya yakin rezeki boleh didapati di mana-mana, selagi ada doa dan usaha.

“Saya juga sedar kesan yang akan berlaku selepas ini, selain ia mencalar nama baik sendiri,” katanya seperti dipetik portal tersebut.

Mengulas tentang reaksi netizen yang mengkritik aksi tarian yang dilakukannya itu, Nisa berkata beliau mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak membalas komen-komen tersebut kerana merasakan itu yang terbaik.

“Saya belajar untuk tidak melayani mereka. Masing-masing akan kecam sehinggalah kita membalas komen itu. Mujur, ibu bapa saya berada di sisi walaupun mereka menegur perlakuan saya itu,” ujarnya yang mengakui agak lalai pada ketika itu.

Beliau mengakui terkejut video tariannya itu disebarkan serta komen yang dilemparkan netizen yang rata-ratanya menyifatkan aksi Nisa itu tidak sesuai untuk wanita bertudung.

Bagaimanapun, Nisa menyifatkan apa yang berlaku sebagai pengajaran yang sangat besar buat dirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here