'Mengapa ayah dibakar seperti ayam, ibu?'

0
61
BEKASI: Azan Maghrib telah berkumandang, namun ayah tersayang masih tidak kunjung pulang.

Menjelang senja, penantian si anak berakhir dengan kekecewaan apabila kelibat ayah langsung tidak kelihatan.

“Ibu, ayah di mana? Tak pulang-pulang.”

Ungkapan itulah yang keluar daripada mulut Alif Saputra, anak sulung pasangan Siti Zubaidah dan Muhammad Al-Zahra.

“Mindanya masih suci. Saya tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya,” kata Siti Zubaidah, 25 tahun, yang hamil enam bulan kepada portal Liputan6.com.

Biarpun dirahsiakan, namun berita ayahnya yang dibunuh kejam akhirnya sampai juga ke telinga si anak.

Khabar ayah tersayang dipukul, dibakar tanpa belas kasihan tidak dapat diterima Alif Saputra.

“Mengapa ayah dibakar seperti ayam? Adakah ayah ini ayam, bu?”

Hati mana yang tidak luluh apabila mendengar kata-kata sebegitu daripada seorang anak kecil yang baru berumur empat tahun, kata Siti Zubaidah.

“Kenapa suami saya tidak diserahkan kepada polis kalau suami saya memang benar mencuri, tanpa harus dianiaya seperti itu.

“Suami saya manusia, bukan haiwan,” kata Siti Zubaidah kepada BBC Indonesia.

Mangsa dipukul dan dibakar hidup-hidup setelah didakwa mencuri peralatan masjid. -Foto YouTube
Mangsa Muhammad Al-Zahra, 30, meninggal dunia setelah dipukul dan dibakar hidup-hidup kerana disyaki mencuri tiga pembesar suara dari Masjid Desa Muara Bakti pada Selasa, 1 Ogos di Suka Tenang, Bekasi.

Menurut laporan Serambi Indonesia, Muhammad Al-Zahra yang merupakan seorang juruteknik elektronik dan pembaikan sistem bunyi dipercayai singgah di masjid berkenaan untuk menunaikan solat Asar.

Bimbang kotak pembesar suara yang dibawanya dicuri, mangsa dipercayai mengusung alat tersebut ke dalam dewan solat.

YouTube tvOneNews

Namun, tindakan mangsa telah menimbulkan syak kalangan jemaah di dalam masjid.

Muhammad Al-Zahra dipercayai dikejar penduduk kampung kerana didakwa mencuri peralatan masjid.

Mangsa ditangkap kira-kira dua kilometer dari masjid.

Mangsa maut di tempat kejadian setelah dipukul dan disimbah petrol sebelum dibakar hidup-hidup.

Menurut laporan media arus perdana Indonesia, kes sedang disiasat dan beberapa suspek telah ditahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here