'Mengapa saya pergi? Negaraku. Saya masih sayang kepada negara saya' – Peter Bellew

0
71
Advertisement

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Ryanair dalam kenyataannya pada Rabu menyebut, Bellew akan kembali menyertai mereka sebagai ketua pegawai operasi berkuat kuasa 1 Disember ini. Beliau bertanggungjawab bagi semua operasi penerbangan, darat dan kejuruteraan Ryanair.

Berikut ialah respon peribadi Bellew:

Ini adalah respon peribadi saya dan bukannya untuk pihak Malaysia Airlines.

Saya berharap agar respon ini mampu menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepada saya tempoh hari.

Malaysia Airlines memang lain dari yang lain. Ia bukan sekadar hanya sebuah syarikat penerbangan, tetapi ia sebuah simbol kehebatan dan kebanggaan negara yang sememangnya hebat. Orang yang tidak pernah naik pesawat pun meminati jenama Malaysia Airlines. Boleh dikatakan seluruh negara ini inginkan yang terbaik untuk Malaysia Airlines. Tetapi bukan mudah untuk memulihkan syarikat ini.

Kejayaan dihujung jari. Ia memerlukan hanya 4-5 peratus penambahbaikan pendapatan  untuk menjadikan syarikat ini untung.

Bukan mudah, tetapi di suku kedua, pendapatan naik sebanyak 7 peratus. Rakyat boleh lihat sendiri produk Malaysia Airlines makin pulih.

Pesawat lebar badan baharu, lounge baru, program kesetiaan baharu, website baharu, operasi KL yang lebih mantap. Mungkin menu dan makanan yang harus ditambah baik. Banyak lagi perkara yang harus dibuat!

Saranan saya: Jangan tukar jenama ini! Terlalu banyak telah dibuat dalam media global dan juga agensi pelancongan serata dunia untuk membina warisan ini.

Pelanggan sayang apa yang Malaysia Airlines ada. Jenama ini dipulihkan dari China ke Australia. Kerja ini harus diteruskan dan akan mendapat 5 peratus pendapatan lebih yang diinginkan.

Ada laporan negatif mengaitkan Khazanah Nasional.

Biar saya jelaskan, Khazanah adalah syarikat pelaburan Malaysia yang dikait rapat dengan kerajaan. Khazanah telah memberi sokongan kuat kepada saya sendiri dan juga kepada syarikat.

Saya telah cuba memberi ketelusan yang amat sangat setiap hari, termasuk melibatkan Khazanah dalam mesyuarat penting dan memaksa pekerja Khazanah untuk berkerja dengan kami! Ia telah membuahkan hasil. Tiada campur tangan berlaku.

Tetapi ada kemungkinan di mana saya ‘menyusahkan’ Khazanah dengan permintaan yang banyak dari saya! Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Khazanah kerana melancarkan proses transformasi Malaysia Airlines. Tan Sri Azman sangat senang untuk memberi sokongan padu. Terima Kasih Khazanah.

Ramai selalu bertanya kepada saya, bagaimana saya membuat kerja, dengan sering di campur tangan oleh kerajaan. Jawapan saya adalah tiada campur tangan langsung.

Jadi mengapa saya pergi? Negaraku. Saya masih sayang kepada negara saya. Dan ini memaksa saya pulang ke Ireland. Saya terima panggilan dari Ryanair lewat malam dua minggu lepas untuk menjadikan saya Ketua Pegawai Operasi (COO). Ryanair adalah syarikat terbaik di Ireland.

Mereka memerlukan pertolongan saya dan cabaran yang dilemparkan adalah tinggi. Ia satu khidmat negara. Sewaktu saya ditanya pada September 27 jika saya ke Ryanair, saya berkata ‘tidak’.

Tetapi satu minggu berlalu dari waktu itu, dan peluang sekali hayat ini memaksa saya untuk tidak berkata tidak. Saya rasa teruja dengan prospek untuk bersama dengan keluarga dan rakan-rakan sekali lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here