Mengapa wanita keluar daripada dunia pekerjaan lebih awal

0
33

KUALA LUMPUR: Wanita masih lagi ‘ketinggalan’ dalam bidang kerjaya kerana tumpuan mereka selepas berkahwin ialah melahir dan membesarkan anak-anak.

“Apabila wanita bekerjaya sudah berkahwin, mereka memang mempunyai banyak tanggungjawab dan bukan kerana wanita tidak berkemampuan,” kata Pengarah Institut Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datin Dr Norizan.

Laporan Jurang Jantina Global 2017 yang diterbitkan Forum Ekonomi Dunia hari ini menyatakan jurang antara lelaki dan wanita dunia semakin besar.

Ia menunjukkan wanita masih ‘ketinggalan’ dalam penyertaan dan peluang ekonomi walaupun cemerlang dalam bidang pendidikan.

“Wanita menjadi tertekan untuk meneruskan pekerjaan mereka apabila tiada sokongan seperti kemudahan taska yang murah dan pembantu rumah.”

“Tidak banyak syarikat yang menawarkan cuti bersalin.

“Oleh itu, walaupun sudah ramai wanita bergelar graduan universiti, mereka memilih untuk berhenti kerja kerana hendak menjaga anak dan terus tidak kembali ke dunia pekerjaan,” terang beliau.

Tambah beliau, kemahiran yang dikuasai wanita tidak hilang ia hanya disebabkan mereka bercuti buat seketika.

“Kalau sudah mahir, memang tidak akan hilang kemahiran itu.

“Jika ada program melatih semula kaum wanita yang mengambil cuti yang panjang untuk kembali ke dalam dunia pekerjaan, ia pasti disambut baik oleh banyak wanita.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here