Menteri Britain letak jawatan sebab datang lewat

0
112
Advertisement

LONDON:

Menteri Pembangunan Antarabangsa British, Lord Bates letak jawatan selepas hadir lewat ke sidang Parlimen pada Rabu.

Dalam laporan CNN, menteri itu dikatakan terlepas satu soalan penting dari Baroness Lister disebabkan kelewatan beliau dan menyifatkan sebagai ‘perkara yang memalukan’.

“Saya fikir sekiranya saya dibenarkan memohon maaf secara ikhlas kepada Baroness Lister disebabkan kesalahan saya kerana tidak berada ditempat saya ketika soalan penting diajukan oleh beliau.

“Menjawab persoalan penting dari pihak kerajaan sudah menjadi keutamaan saya selama lima tahun. Saya sentiasa percaya kita patut tunjuk rasa hormat yang tinggi dalam menjawab persoalan dari badan perundangan.”

“Saya benar-benar malu kerana tiada di tempat saya ketika itu dan sewajarnya saya memohon maaf dengan memohon peletakan jawatan kepada Perdana Menteri. Saya minta maaf,” kata Lord sejurus tiba di sidang Parlimen itu.

Selepas itu, Lord keluar dari persidangan itu dan sebahagian ahli Parlimen menjerit ‘tidak’ terhadap pengumuman Lord yang mengejut itu.

Beberapa jam kemudian, satu kenyataan dari 10 Down Street menyifatkan tindakan Lord sebagai ‘tulus ikhlas’.

“Peletakan jawatan itu ditolak kerana dianggap tidak perlu,” kata jurucakap Perdana Menteri, Theresa May.

“Sebagai seorang menteri yang rajin dan bekerja keras, tindakan sedemikian menjadi kebiasaan sebagai seorang yang serius dengan tanggung jawab di Parlimen.” jelas jurucakap itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here