Menteri mahu jumpa EXCO sukan negeri

0
259
Advertisement



KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan bertemu semua EXCO sukan negeri bagi berbincang mengenai kesukaran mengumpulkan pemain skuad bola sepak bawah 23 (B-23) dalam menghadapi Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, Ogos ini.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau belum boleh memberikan reaksi berhubung perkara itu sehingga bertemu dengan jurulatih skuad B-23 Malaysia, Datuk Ong Kim Sweee serta semua EXCO sukan negeri bagi mendapatkan gambaran menyeluruh isu berkenaan.

“Kita dalam proses nak jumpa semua EXCO sukan negeri dan Ong Kim Swee untuk duduk mencari penyelesaian bersama.

“(Membuat) tindakan segera tanpa kita berdialog dengan mereka, kesannya jauh lebih buruk sebab iu amat penting kita duduk berbincang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Belia Mahir Kali Ke-5 Majlis Belia Malaysia (MBM) sempena Sambutan Tujuh Dekad MBM di Bangi, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KBS Datuk Lokman Hakim Ali dan Presiden MBM Mua’ammar Ghadafi Jamal.

Syed Saddiq mengulas laporan media hari ini yang menyebut Kim Swee mungkin terpaksa mengambil tindakan drastik menarik diri daripada temasya di Jakarta-Palembang itu susulan kesukaran mengumpulkan pemain.

Kim Swee dipetik berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain sekiranya beberapa pasukan tetap berkeras tidak mahu melepaskan pemain mereka kerana Sukan Asia pada 18 Ogos hingga 2 September ini bertembung dengan Piala Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here