Menteri New Zealand berbasikal ke wad bersalin

0
266
Advertisement



WELLINGTON: Menteri Wanita New Zealand, Anne Genter, mengayuh basikal ke hospital bagi melahirkan anak pertamanya.

Ahli Parlimen parti Green berkenaan yang suka berbasikal, memilih cara itu untuk ke Hospital Bandaraya Auckland yang terletak satu kilometer dari rumahnya bagi tujuan itu.

“Saya dan pasangan berbasikal kerana tidak ruang mencukupi dalam kereta untuk kru sokongan tetapi ia turut meletakkan saya dalam mood terbaik,” katanya dalam kenyataan di media sosial di sisi gambar beliau dan basikalnya.

Genter hamil 42 minggu, dan berkata dalam kenyataan itu beliau pergi ke hospital untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Jurucakap parti berkata, bayi itu masih belum dilahirkan menjelang tengah hari ini.

Kelahiran yang masih dinantikan itu berlaku beberapa minggu selepas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, kembali bekerja selepas melahirkan anak perempuannya, Neve, Jun lalu.

Ardern, yang dilantik tahun lalu, menjadi pemimpin dunia kedua melahirkan anak ketika masih memimpin selepas bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, pada 1990.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here