Menteri Singapura tinggalkan Kabinet, pilih pakai baju-t hang

0
16

JIKA sebelum ini, beliau lengkap bersut kemas, kemeja dan seluar slack serta berkasut kulit untuk menghadiri majlis-majlis formal selain bertemu rakyat.

Namun, semua itu tinggal kenangan apabila Bekas Menteri Sumber Manusia Singapura, Teo Ser Luck lebih selesa mengenakan baju-t hang dengan harga S$7.90 sahaja.

Malah, keputusan nekad melepaskan jawatan dan kedudukan tinggi dalam kerajaan itu dirasakan satu keputusan tepat selain membawa kepuasan.

Beliau yang telah berada dalam arena politik Singapura selama 11 tahun kini menerajui beberapa syarikat start-up dalam bidang pendidikan, sukan dan kewangan.

Dalam satu laporan di akhbar The Straits Times, beliau mengakui kini selesa berkerja dari kedai kopi sambil mengenakan baju-t hang berharga S$7.90 sehelai.

Ser Luck juga menganggap tindakannya memasuki dunia perniagaan melengkapkan semua pengalamannya dalam bidang keusahawanan, memandangkan beliau pernah menjawat Menteri Tenaga Kerja serta Menteri Perdagangan dan Industri beliau terlibat dalam usaha membantu perusahaan kecil dan sederdana.

“Tiada yang lebih memuaskan hati saya setiap hari selain daripada melihat apa yang saya cipta memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here