'Merecik Hawau': Jaa Era FM ajar Shah Rukh Khan cakap dialek Melaka

0
45

PENYAMPAI radio Era FM, Jaa Suzuran mengajar aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) untuk bercakap dalam dialek negeri Melaka.

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook Era FM, Jaa mengajar SRK untuk mengucapkan ayat ‘merecik hawau’.

Selain dialek negeri Melaka, Jaa juga mengajar SRK untuk menuturkan ayat dalam dialek negeri Kelantan.

Jaa mengajar SRK untuk mengucapkan ayat ‘kawe sakit motor sakit boh’.

BACA: Foto Selfie Shahrukh Khan dan Zayn Malik pecah rekod Twitter di India

BACA: Shahrukh Khan terima ancaman samseng politik

BACA: Merokok 100 batang sehari, Shah Rukh Khan ingin berhenti

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi SRK bertutur dialek Melaka dan Kelantan serta menganggap SRK kelihatan sangat comel apabila menuturkan ayat-ayat tersebut.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23, merupakan selebriti sulung dari Malaysia yang dapat menemuramah SRK di kediamannya baru-baru ini.

Jaa bertolak ke India pada malam Khamis lalu untuk menemubual SRK bagi mempromosikan filem terbaharunya, Jab Harry Met Sejal.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here