'Mereka hanya mahu Ip Man dalam Star Wars' – Donnie Yen

0
25
Advertisement
BAGI peminat pelakon aksi Hong Kong Donnie Yen, anda mungkin terhibur dengan lakonan bersahajanya  sebagai Chirrut Îmwe dalam ‘Rogue One: A Star Wars Story’.

Namun, sebaliknya bagi pelakon yang dikenali menerusi trilogi Ip Man ini.

Menurut Donnie, Îmwe  tidak ada bezanya dengan watak lain yang diberikan Hollywood kepadanya — dengan kata lain, stereotaip.

“Apabila saya menerima watak dalam Rogue One, saya rasa penting untuk saya mengembangkan watak berkenaan supaya kurang klise.

“Saya tahu mereka mahukan Donnie Yen kerana dia adalah Ip Man. Mereka mahu Ip Man dalam Rogue One.

Chirrut Îmwe dalam Rogue One: A Star Wars Story

“Saya faham, tapi saya tidak mahu melakonkan watak tipikal, jaguh seni bela diri Cina,” dedah  Donnie kepada majalah Prestige.

Jelas pelakon berusia 54 tahun ini, dia membuat keputusan untuk berbincang dengan penerbit bagi menambah lebih jiwa dalam watak Îmwe dan hasilnya dapat dilihat dalam naskhah akhir filem itu.

“Jika anda fikir watak Îmwe itu klise, anda perlu lihat skrip asal yang diberikan kepada saya. Itu sebab mengapa saya agak keberatan untuk menerima peranan itu,” tambah Donnie.

Bagi Donnie, dia sudah muak dengan layanan Hollywood terhadap pelakon Asia.

Mereka sering diberi watak kecil yang kadang kala tidak beri kesan langsung kepada jalan cerita semata-mata bagi memancing penonton Asia.

“Anda tidak boleh hanya meletakkan pelakon Asia dengan harapan kemunculan singkat mereka dapat memenuhi pasaran Asia. Ini satu gurauan,” ujarnya lagi.

Selain Donnie, Rogue One turut menampilkan tiga pelakon aksi Indonesia Iko Uwais, Yayan Ruhiyan dan Cecep Arif Rahman namun sekadar watak kecil dengan dialog ringkas.

Donnie sebelum ini pernah membintangi beberapa lagi filem Hollywood termasuk  ‘xXx: Return of Xander Cage’, ‘Blade II’ dan ‘Shanghai Knights’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here