'Mereka lulus ujian'

0
334
Advertisement



ROSTOV-ON-DON, Russia: Pengendali Belgium, Roberto Martinez gembira anak buahnya lulus ‘ujian karektor’ apabila mempamerkan semangat juang sejati untuk bangkit daripada ketinggalan 2-0 sebelum mengatasi Jepun 3-2 pada masa kecederaan.

“Inilah yang berlaku dalam Piala Dunia,” kata pengendali dari Sepanyol itu yang dilantik selepas skuad yang dibarisi ramai pemain Liga Perdana Inggeris berkenaan tumbang di suku akhir Euro 2016 kepada Wales.

“Ia adalah ujian terhadap karektor dan kepada pasukan,” kata Martinez selepas pemain gantian, Nacer Chadli meledak gol kemenangan dalam tempoh empat minit masa kecederaan bagi mengecewakan Jepun yang meledak dua jaringan pada peringkat awal separuh masa kedua.

“Ia menggambarkan tentang pemain dalam skuad ini.”

Keazaman tinggi skuad Samurai Biru memberikan cabaran sengit dan larian penuh kemahiran daripada pasukan diranking ke-61 dunia itu menggambarkan skuad Red Devils perlu membaiki kelemahan pertahanan dan kesukaran meledak jaringan apbila menentang Brazil di suku akhir dalam tempoh empat hari lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here