Merpati digunakan untuk seludup dadah

0
50



Kuwait: Burung merpati selama ini diketahui digunakan masyarakat zaman dahulu untuk menghantar pesanan jarak jauh.

Bagaimapaun, kini, khidmatnya digunakan secara lebih kreatif.

Pihak berkuasa Kuwait minggu lalu menangkap seekor burung itu dengan beg kecil dipenuhi pil Ecstasy.

Ia dipercayai kaedah menyeludup dadah terbaru oleh pengedar, lapor Al Arabiya.

Gambar burung itu selepas ‘ditangkap’ menunjukkan merpati berkenaan dengan beg kecil diikat pada belakangnya yang mengandungi hampir 200 pil putih kecil yang kemudiannya disahka dadah Ecstasy.

Burung itu dipercayai dihantar pengedar dadah dari Iraq ke Kuwait.

Merpati berkenaan ditangkap selepas dilihat terbang mengelilingi blok sebuah pejabat di tengah bandar Kuwait.

Mengulas mengenai kejadian itu, ada pengguna Internet berjenaka mengenainya dengan menulis: “Merpati itu mencetuskan bahaya dan tidak patut diberi ikat jamin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here