Meryl Streep daftar nama sendiri sebagai satu 'trademark'

0
44
Advertisement

LOS ANGELES: Aktres senior Hollywood, Meryl Streep, telah memfailkan permohonan untuk mendaftarkan namanya sendiri sebagai satu tanda dagangan (trademark).

Permohonan itu difailkan di Pejabat Tanda Dagangan dan Paten Amerika Syarikat pada 22 Januari. Ia melabelkan nama ‘Meryl Streep’ untuk ‘perkhidmatan industri hiburan’, kemunculan dalam filem, penyampaian ucapan dan autograf.

Streep, 68, pada minggu lalu menambah rekod apabila buat kali ke- 21 dicalonkan dalam Anugerah Academy, kali ini bagi peranannya dalam filem ‘The Post’.

Beliau telah memenangi tiga anugerah Oscar, tiga Emmy dan enam Golden Globe sepanjang 40 tahun berkecimpung dalam kerjaya di pentas, televisyen dan filem.

Masih belum jelas mengapa Streep mahu memfailkan tanda dagang itu ketika kariernya berada pada tahap sekarang. Peguam dan pegawai publisiti aktres itu belum memberikan sebarang komen mengenainya.

Ramai selebriti turut berbuat perkara yang sama melibatkan nama mereka, malah ada yang mendaftarkan frasa atau perkataan tertentu untuk melindungi harta intelek mereka. 

Tindakan itu untuk mengelakkan pihak lain menggunakannya tanpa izin, atau dapat menjana keuntungan dengan menggunakan nama dan perkataan itu.

Taylor Swift misalnya, telah memfailkan permohonan bagi 60 tanda dagang  melibatkan dirinya sepanjang tempoh sedekad lalu, termasuk frasa dari lagu-lagunya seperti ‘This Sick Beat’ dan ‘Nice to meet you. Where you been?’ untuk digunakan dalam industri pakaian serta aksesori rambut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here