Mesir: Lapan anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhi hukuman mati

0
56

KAHERAH: Lapan anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Mesir pada Isnin kerana didapati bersalah menyerang balai polis Damanhour, Beheira di utara Kaherah pada 5 April 2015, lapor agensi berita China Xinhua memetik Agensi Berita Timur Tengah (MENA).

Dua lagi defendan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sementara 10 lagi dihukum penjara 10 tahun.

Mereka disabitkan bersalah oleh sebuah mahkamah jenayah di Damanhour kerana bersubahat dengan kumpulan haram, menyerang jabatan polis selain memiliki senjata api.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here