Mesir tahan anak perempuan, menantu Al-Qaradawi

0
53


YOUSSEF al-Qaradawi.- Foto Reuters

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menahan anak perempuan dan menantu lelaki pemimpin agama Ikhwanul Muslimin, Youssef Al-Qaradawi, yang kini hidup dalam buangan di Qatar.

Satu kenyataan daripada pendakwa raya mengatakan, anak perempuan Al-Qaradawi, Ola dan suaminya, Hossam Khalaf, ditahan di sebuah pusat percutian tepi pantai Mediterranean semalam berhubung dakwaan menjadi anggota kumpulan pengganas itu.

Hari ini, mereka diarahkan ditahan selama 15 hari sementara menunggu siasatan.

Mesir menganggap Ikhwanul Muslimin sebuah kumpulan pengganas selepas penyingkiran Presiden Muhammad Mursi pada 2013.

Ribuan anggota pertubuhan itu dibunuh dan ditahan dalam tindakan keras pembersihan.

Al-Qaradawi dijatuhi hukuman mati tanpa kehadirannya.

Beliau kini berada dalam senarai sekatan dikeluarkan Mesir, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, empat negara Arab yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. -AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here