Messi ceriakan bandar kecil Russia

0
34
Advertisement



KEHADIRAN Lionel Messi di Bronnitsy, sebuah bandar kecil dengan 20,000 penduduk kira-kira 50 kilometer tenggara Moscow, membawa tahap perhatian yang tinggi ke bandar yang terkenal dengan gereja Archangel Michael itu.

Namun sambutan hangat di sekitar tempat duduk sementara pangkalan latihan Argentina itu menukar ia menjadi tumpuan utama pada Piala Dunia.

Bendera dengan gambar Messi digantung sekeliling penghadang, manakala mural besar bintang Barcelona itu turut dibina di Bronnitsy ketika penduduknya meraikan tumpuan besar yang mempopularkan bandar mereka.

Tidak pernah bandar berkenaan mendapat perhatian sebegitu dan mungkin tidak akan berlaku lagi di bandar yang wujud pada pertengahan abad ke-15 itu yang kini menjadi perhatian dunia.

Seramai 400 peminat berkumpul di kem latihan Argentina itu Isnin lalu untuk melihat latihan pertama pasukan berkenaan dan setiap daripada mereka begitu teruja melihat kelibat Messi.

Tiada seorangpun daripada mereka menjerit “Aguero”, “Mascherano” atau “Higuain”. Mereka semua menantikan Messi muncul dari bangunan dekat tempat latihan dan mula memanggil namanya.

“Messi! Messi!” jerit mereka ketika cuba mendapatkan perhatian pemenang lima kali Ballon d’Or itu.

Bintang Argentina itu melayan mereka dengan menandatangani autograf dan bergambar pada setiap kali selesai sesi latihan sejam dan sentuhannya amat dirasai.

Peminat penuh beremosi namun bukan mereka saja yang tidak mahu terlepas dengan duta Argentina ke Russia, Ernesto Lagorio, juga berada di sana.

“Ia sesuatu yang hebat, ia berlaku dengan lancar, ia petang yang bagus,” katanya kepada AFP.

Sementara itu guru pendidikan fizikal, Lucas Ledezma, yang menanti bas pasukan tiba pada Sabtu lalu mengulangi kenyataan sama.

“Kami mengimpikan bahawa kami boleh melakukannya, saya rasa pasukan kami berhak mendapat Piala Dunia, Messi berhak dan semua rakyat Argentina berhak,” katanya yang berusia 30 tahun dan meninggalkan bandar Cordoba, Argentina pada 5 Januari untuk berkayuh 14,000km bagi mengikut skuad Albiceleste.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here