Messi, Iniesta akan perbaharui kontrak tidak lama lagi – Fernandez

0
69



LIONEL MESSI dan Andres Iniesta akan melanjutkan tempohnya di Barcelona tidak lama lagi, kata setiausaha teknikal kelab itu, Robert Fernandez.

Messi akan menamatkan kontrak pada pertengahan tahun depan dan spekulasi mengenai masa depannya berterusan dengan perjanjian baru belum lagi ditandatangani.

Begitu juga, perjanjian Iniesta akan tamat tahun depan, tetapi kapten dan bintang tengah Barca itu mungkin menunggu sehingga akhir musim ini sebelum memperbaharuinya.

Fernandez optimis dengan masa depan dua pemain itu di Camp Nou dan hari ini dia mengulangi pendiriannya bahawa perjanjian dapat dimeterai.

“Iniesta dan Messi akan memperbaharuinya tidak lama lagi,” katanya kepada RAC1.

“Iniesta telah membuat kenyataan yang mengatakan dia akan menunggu sehingga akhir musim ini.

“Dia adalah ikon di seluruh dunia dan kami perlu menunggu kerana ia adalah satu keputusan darinya. Iniesta adalah seorang yang serius, dihormati dan jika dia mahu berbincang pada akhir musim ini, kami akan melakukannya.

“Kelab akan membuat keputusan bila untuk mengumumkan pembaharuan kontrak Messi. Ia di tempat yang baik, tetapi semua rundingan mengambil masa.”

Messi menjaringkan dua gol, termasuk gol ke-500 untuk kelab itu, dalam aksi dramatik El Clasico dengan menewaskan Real Madrid 3-2, semalam.

Keputusan itu menyaksikan Barca melangkah untuk berada di pucak LaLiga, walaupun pesaingnya itu mengumpul mata yang sama dan mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here