Messi kena 'serbu'

0
270
Advertisement



LEBIH 400 penyokong hadir di kem Piala Dunia pasukan Argentina untuk menyaksikan kelibat Lionel Messi dan rakan sepasukannya pada sesi latihan terbuka, semalam.

Sambutan yang hangat itu khusus buat penyerang Barcelona berkenaan dengan sekelompok penyokong muda melaungkan ‘Messi, Messi’ selepas dia menamatkan sesi latihan selama sejam.

Beberapa penyokong dilihat memakai topeng muka Messi sementara penyokong lain turut mengibarkan bendera Barcelona serta Argentina.

Pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu kemudiannya diserbu penyokong di penghujung sesi latihan dengan pemain lain turut mendekati penyokong untuk memberikan autograf.

Duta Argentina ke Russia, Ernesto Lagorio turut berada pada sesi latihan yang berlangsung di pusat latihan yang digunakan oleh beberapa persatuan sukan di negara itu.

“Kami datang untuk menyaksikan pasukan kebangsaan. Ini pengalaman pertama kami, jadi ianya hebat,” kata Lagorio.

“Kami sudah berkunjung ke Bronnitsy beberapa kali, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan juga Datuk Bandar. Dia banyak membantu kami.”

Ketika ditanya sama ada akan turut menyaksikan perlawanan di stadium, Lagorio berkata ‘saya berharap dapat hadir sehingga final bulan depan.’

Isu kecederaan sekali lagi melanda La Albiceleste sebelum bertolak ke kejohanan itu apabila pemain tengah West Ham, Manuel Lanzini terpaksa diketepikan susulan kecederaan lutut yang serius.

Enzo Perez dipanggil bagi menggantikan tempat Lanzini, namun status Ever Banega bagi aksi pembukaan bertemu Iceland, 16 Jun masih lagi samar selepas pemain tengah Sevilla itu terpaksa menjalani latihan berseorangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here