Mesyuarat mengenai urusan PRK DUN Pujut pada Jumaat – Pengerusi SPR

0
235
Advertisement



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkaitan urusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, Jumaat ini.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataan hari ini turut mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi DUN itu hari ini.

Menurutnya kekosongan kerusi DUN Pujut berlaku berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh DUN Sarawak.

Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting daripada DAP sebagai ADUN Pujut selepas usul dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri Datuk Woon Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan kerana Dr Ting mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 70 anggota DUN manakala 10 yang lain membantah.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here