#MeToo: Lelaki berwajah babi jadi momokan di Minggu Fesyen New York

0
80
Advertisement
NEW YORK: Sempena Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat, kempen anti pencabulan seksual #MeToo turut mencuri perhatian apabila menampilkan model wanita yang memperagakan pakaian ‘berkepak’ sambil menarik lelaki bergari yang berwajahkan babi.

Antara yang tampil di pentas peragaan adalah Cheyenne Jacobs, 22 tahun yang mengumumkan dia juga seorang mangsa serangan seksual sewaktu di bangku sekolah dan kemudiannya pernah dirogol di kolej.

Idea itu diilhamkan Myriam Chalek, pengarah kreatif laman web fesyen American Wardrobe.

“Saya tidak merasakan pertunjukan fesyen ini akan merubah segalanya semalaman namun saya telah lakukan tanggungjawab saya. Wanita yang diperkasa adalah wanita yang tidak boleh dihalang sama sekali,” kata Chalek.

Foto Reuters

Seorang lagi model, Alicia Kozakiewicz, 29 tahun menceritakan dia pernah diculik pada 2002 berhampiran kediamannya di Pittsburgh, Pennsylvania Amerika Syarikat oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi internet.

Kes itu pernah mendapat liputan meluas oleh media antarabangsa.

Kozakiewicz berkongsi pengalaman bagaimana dia sebagai mangsa dipersalahkan malah dimalukan, termasuk oleh anggota keluarga sendiri dan berkesudahan dengan dia akhirnya memilih untuk menjadi jurucakap motivasi dan seorang aktres.

“Kempen #MeToo bukan untuk membenci kaum lelaki namun tentang memerangi keganasan,” kata Kozakiewicz. “ Ia bagaimanapun memperkasakan wanita untuk bebas dari perasaan takut dan terasa selamat dari serangan serta pencabulan seksual.”

Sejak Oktober, ratusan wanita mendakwa golongan lelaki yang berpengaruh dalam bidang perniagaan, politik, media dan hiburan terbabit dalam pencabulan seksual. Mereka kemudiannya turut serta dalam kempen #MeToo yang mendapat sambutan hebat.

Di dalam dunia fesyen, mangsa pencabulan seksual bukan hanya terhad kepada wanita semata-mata, malah golongan lelaki juga.

The New York Times melaporkan puluhan model dan pembantu lelaki telah menjadi mangsa jurufoto terkenal seperti Bruce Weber dan Mario Testino.

Kedua-duanya bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here