MH370 dijangka ditemui dalam tempoh beberapa minggu – Pakar

0
55
Advertisement

SYARIKAT eksplorasi dasar laut, Ocean Infinity Limited (Ocean Infinity) dijangka mampu menemui serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 dalam tempoh beberapa minggu selepas memulakan pencarian 15 Januari lalu.

Keyakinan itu disuarakan Ahli Oseanografi Australia, David Griffon berasaskan data analisis oseanografi dan penggunaan kapal carian berteknologi yang digunakan Ocean Infinity.

Menurut portal berita United Kingdom, Griffon yang juga ahli Pertubuhan Saintifik dan Kajian Perindustrian Komanwel (CSIRO) menjangkakan Ocean Infinity mampu menemui sesuatu pada bulan pertama pencarian.

“Kerajaan Malaysia memberikan tempoh tiga bulan kepada mereka untuk menyempurnakan pencarian. Kini kita sudah berada pada minggu pertama dalam misi ini dan berharap menerima berita baru dalam tempoh beberapa minggu lagi,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, kerajaan Malaysia memeterai perjanjian dengan Ocean Infinity bagi memulakan pencarian baharu pesawat MH370 yang hilang pada 2014.

BACA: Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370

BACA: Kapal mencari MH370 di selatan Lautan Hindi

TONTON: Misi 90 hari cari MH370 bermula

Ia selepas persetujuan tripartit Malaysia-Australia-China untuk menerima tawaran daripada syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat yang yakin mampu merungkai misteri yang gagal dijawab seluruh dunia selama empat tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett, mereka mempunyai keupayaan peralatan dan aset yang canggih serta pasukan yang berpengalaman luas berhubung penerokaan dasar laut untuk mencari pesawat tersebut di selatan Lautan Hindi.

Misi utamanya mencari bangkai pesawat Boeing 777 tersebut dan/atau dua perakam penerbangannya iaitu Perakam Suara Kokpit (CVR) dan Perakam Data Penerbangan (FDR)/kotak hitam dalam tempoh 90 hari dalam kawasan lingkungan 25,000 kaki persegi.

Ia atas dasar ‘tidak jumpa, tiada bayaran’ atau ‘no cure no fee basis’.

Sekiranya jumpa, jumlah bayaran dipersetujui yang ditanggung kerajaan Malaysia sepenuhnya adalah tertakluk kepada kawasan penemuan: USD20 juta untuk lingkungan 5,000 kilometer persegi, USD30 juta untuk lingkungan 10,000 kilometer persegi seterusnya, USD50 juta untuk lagi 10,000 kilometer persegi dan USD70 juta sekiranya penemuan di kawasan melepasi lingkungan 25,000 kilometer persegi.

Pasukan pencarian akan memaklumkan keluarga dan waris mangsa menerusi mesej teks juga emel bagi perkembangan terkini pencarian di samping menerusi laman web mh370.gov.my/index.php.en/.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here